Brief update about yourself

Nama (Name):
Email Address:
No Tel
Pekerjaan (Occupation)
Lokasi anda (Your Location) Perlis, Kedah, Penang, Perak
KL, Selangor
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Adakah anda ahli Herbalife? (Are you a member of Herbalife?) Ya (Yes)
Tidak (No)
Apa yang menarik minat anda? (What is your interest?) Kurangkan berat badan (Lose weight)
Tambahkan berat badan (Gain Weight)
Memperbaiki kesihatan diri (Improve health)
Menambahkan tenaga (Boost energy)
Kecantikan kulit (Beauty skin)
Menambahkan pendapatan (Extra income)
Sebarang pendapat/maklumat yang dapat membantu kami untuk mengenali diri anda? (Additional info to know you better that assist us to guide you?)

This contact form was created by Freedback.

Friday, 24 August 2012

Mitos Dalam Aspek Pemakanan


5 Mitos Pemakanan Yang Berlegar Di Dalam Masyarakat Malaysia....

Pelbagai mitos atau alkisah yang kurang pasti asal usulnya memang banyak terdapat di dalam masyarakat kita. Malah mitos dalam aspek pemakanan pun tidak terkecuali.    Kesannya pelbagai andaian dibuat yang acapkali didengari sehingga ia menyalahi fakta dalam konteks pengambilan makanan sebenar.
5 Mitos Pemakanan Yang Sering Dipercayai 
Mitos 1 - Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukkan.
Sememangnya, andaian yang paling popular adalah mengatakan sesiapa sahaja yang makan selepas pukul 8 malam akan menyebabkan kegemukan. Padahal, mnegikut kajian saintifik bahawa kegemukan seseorang itu, adalah bersandarkan jumlah kalori yang diambil dalam masa sehari dan pada masa yang sama juga, berapa kalori yang perlu dibakarkan. Jom ikuti mitos pemakanan di bawah ini.
Sebenarnya, peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah berkait rapat dengan perbezaan  jumlah kalori yang diambil dan jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Namun begitu, tidak semua orang akan mengalami hal yang sama. Sebagai contohnya, perhatikan rakan-rakan yang terdekat, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin seringkali makan pada larut malam.   Sebaliknya sesetengah mereka tetap "maintain" dan tidak mengalami masalah berat badan.
"Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak." (Melayukini.net)
Kesimpulannya, tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Mitos 2 - Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan
Samada kita sedar atau tidak, apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan/tersembunyi bagi menghasilkan tenaga. Kesannya, berat badan kita akan susut dan mungkin turun sepertimana yang diharap-harapkan. 
Walaubagaimanapun, menurut pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, Claire MacEvilly “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku” Oleh itu, sekiranya pengecutan otot berlaku, kadar metabolisma badan kita  kian menurun. Kadar metabolisma ini merupakan mekanisme pengukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, keperluan kalori di dalam akan menjadi yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sebab itulah, selepas selesai berpuasa/berhenti mengamalkan rutin berlapar dan mula makan seperti biasa, kalori yang diambil sudah mula meningkat dan pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, maka seseorang itu mula cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.
Secara ideal, untuk mengurangkan berat badan, kedua-dua faktor ini perlu diamalkan iaitu mengambil pemakanan yang sihat serta bernutrisi  dan melakukan aktiviti fizikal. Apabila kita bersenam, otot-otot akan terbina, sekaligus ia mampu mengekalkan kadar metabolisma badan. Jika anda merancang untuk berpuasa/berlapar, pasti jua amalkan sekali dengan bersenam. 
Mitos 3 - Betulkah makan kuantiti kecil dengan kerap boleh membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma?
Secara teorinya, ramai yang percaya bahawa dengan meninggikan kadar metabolisma, lebih banyak jumlah kalori yang boleh diambil. Sekiranya individu itu mengambil jumlah kalori yang sama atau lebih rendah daripada kadar metabolism), ini boleh menghasilkan penurunan berat badan. 
Sebaliknya, jumlah mahupun kadar kekerapan pengambilan makanan, tidak memberikan sedikit impakpun kepada kadar metabolisma badan. Sebenarnya, apa yang mampu memberikan kesan adalah komposisi dan saiz badan.
Kesimpulannya, mengamalkan pemakanan bernutrisi dan melakukan aktiviti fizikal amat bertepatan dan digalakkan. Sesungguhnya, dengan melakukan senaman berkala, ia sangat membantu dalam membina otot-otot dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisma badan.
Mitos 4 -  Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan
Betulkah mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan? Sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.
Faktanya, mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan boleh mengakibatkan kegemukan. Cuba cerita3x? 
"Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California." (Melayukini.net)
Mitos 5 -  Susu boleh mengurangkan berat badan
Secara teori, kalsium membantu mencernakan lemak dengan lebih cekap dan seterusnya mengurangkan berat badan. Tetapi, secara realitinya, susu tidak memiliki keajaiban seumpama ini. Banyak kajian telah dilakukan perihal teori ini, namun kajian-kajian ini mendapati keputusan yang pelbagai.
Untuk mendapatkan sumber kalsium, kita digalakkan untuk mengambil susu ataupun mana-mana produk berasaskan susu (dairy products) yang mengandungi rendah lemak dan rendah kalori. Selain itu, sumber kalsium juga boleh diperolehi daripada, sayur-sayuran hijau tua, soya, jus oren, dan ikan salmon.
Jadi secara jelas apa yang kita dapat ialah semuanya bergantung bagaimana kita mengawal dalam pengambilan kalori makanan. Tidak salah untuk makan malam, asalkan kita tahu bahawa tidak boleh makan secara berlebihan kerana jika mengalami kalori berlebihan maka berat badan kita akan menjadi bertambah dan mengalami masalah kegemukan. Persoalannya, bolehkah anda mengawalnya dan tahu mengukur jumlah kalori yang diambil. 
Faktanya, apabila kalori terus menrus berkumpul sehingga meningkat 7,700+ kalori, ia akan bertukar menjadi sesuatu yang luar biasa iaitu 1 kg lemak...
“Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.”

Saturday, 18 August 2012

Manfaat Herbalife Herbal Tea Concentrate


Informasi berkenaan Herbalife Herbal Tea Concentrate

Ia adalah pembakar lemak yang dihasilkan secara saintifik melalui kaedah teknologi yang tinggi. 

Ia membantu dalam pengurangan lemak badan, membakar kalori, menambah baikkan kadar metabolisma, menguatkan tenaga dan mengurangkan keinginan diri secara tidak langsung terhadap pemakanan/minuman yang berkalori tinggi spt minuman bergas, kopi dsbnya.  

Keenakan dan keberkesanan akan dirasai sepanjang hari kerana tenaga diri akan bertambah. Sebagai contohnya, thermogenic (penambahan kadar metabolisma) dan anti-oksida asasnya melalui teh hijau, yang menjadikan ia sesuai bagi program pengurangan berat badan secara sihat. 

Sungguh jimat kerana 1 1/2 sudu teh Hebalife ini boleh disajikan dengan air panas dan sejuk semasa sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Setiap gelas minuman teh herbalife, 70 kalori akan dibakar. Oleh itu, bagi individu yang serius di dalam program pengurusan berat badan, teh herbalife ini boleh diminum sebanyak 4 kali sehari bagi mempercepatkan pembakaran lemak badan dan seterusnya penurunan berat badan akan menjadi lebih pantas. 

Konsep "ABCDE" terdapat di dalam minuman Herbal Tea Concentrate

A - Anti-cancer (kerana ia mempunyai sumber anti-oksida)
B - fat Burner (Bakar lemak)
C - improves blood Circulation (memperbaiki pengaliran darah)
D - Detox your cells (Buang toksin di dalam sel badan)
E - increase Energy (Tambah tenaga)


Sesungguhnya, pakar nutrisi Herbalife telah membuat penyelidikan selama 4 tahun untuk menghasilkan produk ini. Faktanya, Teh Herbalife ini telah membantu ramai orang dalam pengurangan lemak badan, penurunan berat badan serta memperbaiki kesihatan diri. 

Senarai rumusan yang hebat dalam penghasilan Herbalife Herbal Tea Concentrate:- 

i.   Ekstrak teh hijau 
ii.  Teh oren pekoe. 
iii. Ekstrak Malva Sylvestris
iv. Bijian Cardamon
v.  Ekstrak Hisbiscus.


Ringkasan manafaat rumusan yang telah dikaji selidik oleh para saintis Herbalife:-

Ekstrak teh hijau -


  • Anti-oksida yang tinggi dan anti-kanser.
  • 100 kali lebih keberkesanan daripada Vitamin C dan 25 kali lebih baik daripada Vitamin E
  • Mengandungi epiqallocatechin gallate iaitu menghalang dan memberhentikan enzim yang mengaktifkan sel kanser untuk membiak dan membesar.
  • Melindungi jantung dari LDL (low-density lipoprotein) oksida kolestrol (Kolestrol jahat/buruk)). 
  • Pembakar lemak badan yang menghalang masalah strokes.
  • Pemangkin kadar metabolisma kerana polyphenols akan menggalakkan thermogenesis (kadar pembakaran kalori) 
  • Memberhentikan penukaran glukos (spt lebihan karbohidrat) kepada sel lemak. 
  • Menambah lipid and glukos metabolisma.
  • Menghalang kenaikan tahap gula di dalam darah secara mendadak.  
  • Melambatkan prose penuaan. 
  • Anti arthitis dengan menghalang enzim yang boleh merosakkan cartilage. 
  • Mengandungi florida yang tinggi bagi mengekalkan ketumpatan tulang.
  • Kuatkan daya ingatan dan menurang proses acetycholine (penyakit Alzheimer) 
  • Menghalang kerosakan sel(Penyakit Parkinson)
  • Menghalang tekanan darah tinggi.
  • Memusnahkan bakteria makanan dan virus yang menyebabkan pereputan gigi.
  • Mengandungi polyphenols dan flavenoids yang menguatkan sistem imunisasi.
  • Mengandungi Vitamin C yang akan melindungi diri dari demam.
  • Anti-asthma melalui kandungan theophylline yang melegakan saluran bronkitis.
  • Mengandungi L-theanine yang akan menenangkan tekanan dan kembimbangan diri
  • Mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG) yang mengurangkan allergi.
  • Menghalang virus HIV dari bercantum dengan sel baik di dalam badan
  • Anti oksida yang membantu dalam perlindungan kulit dari radiasi UV-mengurangkan kerosakan sel dari menjadi pembentukan tumor.

Info bit: Jangan masukkan susu di dalam Herbalife teh. Protein casein yang terdapat di dalam susu akan bercampur aduk dengan catechins, antara jenis polyphenol. Ia akan mengurangkan kepekatan dan kebrkesanan catechins. Keutamaannya, ini akan mengurangkan manafaat kesihatan yang terdapat di dalam kandungan teh ini. Sebenarnya, catechins membantu dalam merehatkan saluran arteri darah dan mengembankangkan pengaliran darah dengan menggalakan penghasilan nitrik oksida.

Orange Pekoe Tea


  • Anti oksida
  • Baik untuk sistem kardiovaskular ( berupaya menterbalikkan endothelial vasomotor dysfunction yang dialami pesakit coronary artery disease (Boston University study). 
  • Mengurangkan kolestrol did dalm darah 
  • Mengurangkan risiko stoke dan serangan jantung
  • Menambah keberkesanan segala manafaat teh hijau
  • Saluran darah yang sihat membantu dalam penyaluran nutrisi ke dalam jantung dan seluruh sistem tubuh


Malva Sylvestris Extract


  • Pembuang toksik badan
  • Melegakan sistem penghadaman
  • Pemangkin di dalam penurunan berat badan dan pemulihan kesihatan diri


Cardamom Seed

  • Anti oksida
  • Membantu sistem penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisma
  • Membantu dan melegakan sakit kerongkong, demam dsb
  • Memulihkan diri daripada pening kepala dan sakit saraf.
  • Antispasmodic - menghalang kepeningan dan muntah
  • Baik pulih sebarang alergi sistem pernafasan dan gastrik
  • Menhindar sebarang jangkitan mulut.
  • Detoksi lebihan kafein
  • Keberkesanan dalam menghalang penyakit pulmonari dan gelema
  • Menyembuhkan kepeningan disebabkan oleh kekurangan pelawasan


Hibiscus Extract


  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membuangkan air lebihan (bloating)
  • Membantu pengaliran darah
  • Pemangkin dalam pembakaran lemak badan.



When you reach your ideal weight, stick to a healthy diet, regularly exercise, and have a healthy lifestyle for the rest of your life.

Wednesday, 15 August 2012

Salam Aidil Fitri buat semua sahabat

Sempena menyambut bakal hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan

Buat semua rakan-rakan yang mengenali diri ini,

Mohon  ribuan kemaafan jika ada sebarang kesilapan yang mengguriskan hati,
Semoga jalinan persahabatan akan terus berkekalan sesama kita.

Tulus Ikhlas dari:-

Nurasyiqin Idrus
World Team Herbalife '12








Monday, 13 August 2012

Fakta Berkaitan Dengan Faktor Kegemukan Dan Kemudahan Prasarana.




































Antara rumusan daripada petikan akhbar di atas:-

1) Pada detik ini, peningkatan orang bertambah berat badan semakin meruncing.
2) Di Jerman, taraf kehidupan yang tinggi telah menyebabkan pertambahan purata berat penduduk sebanyak 2.1kg seorang.
3) Kebanyakan negara yang membangun, tahap keselamatan sedang dikaji semula seperti senario berikut:-

a) Pusat Rawatan Kegemukan di Klinik Universiti Wurzburg telah menyediakan meja yang lebih besar, katil dan lif yang lebih lebar bagi kemudahan pesakit-pesakit yang gemuk.

b) Komplikasi pembedahan perut agak merunsingkan ke atas pesakit yang kegemukan.

c) Peralatan/ruang yang lebih besar dan bersaiz XXL untuk pesakit yang kegemukan. 

d) Industri penerbangan, Airbus, terpaksa memasang kerusi-kerusi yang lebih lebar di kebanyakan kapal terbang, A320.

4) Saiz tubuh badan penumpang sudah bertambah besar termasuk kanak-kanak.

5) Pengeluar kenderaan turut mengenal pasti keperluan untuk menyediakan ruang kenderaan yang luas dan selesa bagi pembeli yang mempunyai badan yang besar. Oleh itu, kereta akan menjadi besar mengikut keperluan pemandu yang berbadan besar.

6) Secara fakta, seseorang individu telah bertambah saiz sebanyak 1.5cm pada setiap 10 tahun.


Mungkinkah produk pemakanan nutrisi yang hebat dan luar biasa seperti Herbalife akan terus diberi ruang untuk membantu insan-insan di luar sana untuk menjalani kehidupan yang normal dan sihat? 

Hebahkanlah keberkesanan dan kehebatan Herbalife sebagai pemakanan nutrisi sellular yang luarbiasa kepada individu sekeliling kita. Sesungguhnya, jurulatih-jurulatih Herbalife yang terlatih akan sentiasa menghulurkan bantuan dan khidmat nasihat kepada sesiapa yang serius di dalam mengubah erti kehidupan.   



Wednesday, 8 August 2012

Salam Ramadhan oleh President Team Malaysia


Salam Ramadhan Bersama President Team Herbalife untuk semua muslimin dan muslimat di Malaysia.

Sekadar penghayatan dan pengamatan di Bulan Ramadhan Al Mubarak.