Brief update about yourself

Nama (Name):
Email Address:
No Tel
Pekerjaan (Occupation)
Lokasi anda (Your Location) Perlis, Kedah, Penang, Perak
KL, Selangor
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Adakah anda ahli Herbalife? (Are you a member of Herbalife?) Ya (Yes)
Tidak (No)
Apa yang menarik minat anda? (What is your interest?) Kurangkan berat badan (Lose weight)
Tambahkan berat badan (Gain Weight)
Memperbaiki kesihatan diri (Improve health)
Menambahkan tenaga (Boost energy)
Kecantikan kulit (Beauty skin)
Menambahkan pendapatan (Extra income)
Sebarang pendapat/maklumat yang dapat membantu kami untuk mengenali diri anda? (Additional info to know you better that assist us to guide you?)

This contact form was created by Freedback.

Monday, 30 July 2012

Pemakaian Tudung mengikut Perspektif Agama


Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar berkongsi info, bukannya untuk menghukum seseorang. Semoga gambar2x di atas dapat mendidik kita dalam mengenali agama Islam mahupun agama-agama lain. 

Adakah kita memakai tudung mengikut pemakaian cara Islam?Tambahan pula, sekarang nie, macam-macam fesyen ada...cantekkkk sangat2x.   Tepuk dada, sedarkan diri...

Wasalam..


Friday, 27 July 2012

Jadual Pemakanan bersama Herbalife

































Jadual pemakanan yang amat sesuai bagi meningkatkan tenaga berterusan sepanjang menjalani ibadah puasa seharian. 


Kalau tak cuba, maka tak tahulah keberkesanannya...Ambillah peluang yang ada demi meningkatkan kualiti kesihatan diri sendiri.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433H (2012). Semoga segala ibadah kita akan terus dirahmati ALLAH SWT.


Berpuasa bersama HERBALIFE


Tuesday, 24 July 2012

Kenapa Herbalife? Kenapa perlunya pemakanan nutrisi yang seimbang?

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum wbkt..


Tidak salah kalau saya katakan, sumo org mau jalani gaya hidup yg sihat. Kalau ada segala kemewahan atau kesenangan secara materialistik, ianya tidak akan bermakna jika tubuh badan sentiasa sakit dan lemah. Mana xnya, asyik terlantar atas katil hospital bukannya di atas katil hotel atau resort


Setelah berulangkali menghadirkan diri ke kelas/training berkenaan pemakanan nutrisi seimbang, HERBALIFE, ianya menjadi kewajipan saya untuk sebarkan ilmu yang amat berguna kepada kekawan di luar sana mengenai mustahaknya penjagaan diri berkaitan pemakanan seimbang dalam kehidupan harian kita. 


Secara ringkasannya, unsur-unsur utama dalam membentuk sel tubuh yang sihatSmiley Sunglasses adalah terbahagi kepada 6 iaitu:-


Beach blanket
1) Sinaran cahaya matahari yang cukup
Surfer 1
2) Menghirup udara yang segar dan bersih
             
In The Pool
3) Minum air yang bersih & secukupnya


Jumpy Boxer
4) Bersenam setiap hari

Sleeping
5) Tidur yang nyenyak dan secukupnya

Sushi
6) Mengambil pemakanan yang seimbang


Disebabkan pelbagai alasan spt kecanggihan teknologi, kesibukan masa, tak cukup wang dsbnya, sebilanganya besar kita mulai kurang atau tidak langsung memberi perhatian terhadap unsur-unsur di atas. Malahan, mulai mendedahkan diri secara sedar ataupun tidak kepada elemen-elemen yg boleh memudaratkan kesihatan seperti berikut:


Food Fight1) Pencemaran
2) Racun
3) Pemakanan yang tidak seimbang
4) Tabiat yg kurang sihat i.e. merokok, minuman keras dsbnya
WooHoo

Sekian lama dan terus berulang kali menjalani amalan hidup kurang sihat, sel2x tubuh yang dahulunya sihat, akan mula berubah menjadi sel2x yang sakit dan berisiko Winter Cold

Maka pelbagai simtom akan muncul & ianya mungkin tidak asing bagi kita untuk kenali spt:-

1) Gatal2x dan kulit kemerahan
2) Kurang bertenaga
3) Demam & selsema
4) Pening kepala/migrain
dsbnya.

Jadi langkah awal yang sumo kita akan buat adalah pergi jumpa dan dapatkan nasihat doktor. Malahan tidak terkecuali juga, ada yang akan pergi berjumpa pengamal perubatan tradisional i.e. bomoh, sinseh dsbnya bagi melegakan segala simtom yang dihadapi

Say Aaahh
medical 7Secara logiknya, ubat-ubatan akan dibekalkan berterusan hingga simtom-simtom  kesihatan tersebut pulih. 








Medic's Kit
Love SickAcapkali kita lalai dan gagal dalam mengenali dan mengamal gaya hidup yang sihat, sekali lagi kita akan terjebat di dalam permasalahan yang sama iaitu sel2x akan kembali sakit dan ubatan2x atau bomoh/sinseh pun kena tukar yg lain. Say AhSecara saintifik, apabila virus2x dah menjadi mangli atau mutasi dgn dos ubat-ubatan tersebut, sel-sel akan kembali lemah dan sakit lagi....

Aduhhh....Sel2x yang sakit dan berisiko akan bertambah dan terus bertambah.................

  
Love SickLove SickLove SickLove SickLove Sickhingga rawatan kritikal perlu dijalani spt. pembedahan dsbnya. Risiko2x penyakit kritikal spt Sakit jantung, buah pinggang yg tidak berfungsi, tekanan darah tinggi dsb akan menginap di dalam tubuh seseorang..Malahan, sel2x kanser akan terus bermaharajalela di dalam tubuh seseorang hingga boleh membawa maut.


DoctorXray

Adalah menjadi kewajipan diri sendiri untuk memastikan tubuh badan sihat walafiat agar memperbolehkan banyak amal ibadat kepada ALLAH SWT dilakukan sebelum ajal tiba. 


Sesungguhnya, pemakanan nutrisi, HERBALIFE, yang telah dikaji selidik oleh para saintis yang ternama di dunia perubatan spt Dr Luis Ignarro, diperkenalkan di Malaysia bagi membantu manusia sejagat dalam memenuhi kehendak UNSUR ke-6. Khasiat dan manafaatnya, boleh diselami dan dibaca di laman web www.herbalife.com.  

Barbell
Tepuk dada, sedarkan otak...agar sama2x kita berfikir dengan waras, yang mana lebih terbaik untuk diri sendiri mahupun keluarga dan seterusnya masyarakat. 

PILIHAN di tangan KITA sendiri...Man Debating Conscience

Yang mana satu kita mauuuu..........................
Bubble BathSel yang SIHAT!!!!!Hay FeverSel yang SaKiT!!!!




Criter nie akan bersambung jika diizinkan Allah......

Saturday, 21 July 2012


Sekadar berkongsi info untuk renungan bersama.

Warren Edward Buffett (/ˈbÊŒfɨt/; dilahirkan pada 30 Ogos 1930) merupakan seorang bisnes yang terkenal di  seluruh dunia pada abad ke-20. Sememangnya beliau seorang pelabur yang sangat berjaya yang mempunyai  kekayaan aset sebanyak $USD 44billion (2012) yang melayakkan beliau diiktiraf sebagai salah individu yang terkaya di dunia ; individu terkaya di dunia (2008), tiga terkaya di dunia (2011) dan seorang yang paling berpengaruh di dunia (2012). Gelaran yang diberi kepada beliau ialah "Wizard of Omaha", "Oracle of Omaha" dan "Sage of Omaha" yang merujuk kepada falsafah unggul dan kebijaksaan beliau dalam pelaburan. Seroang dermawan yang amat ulung berdasarkan 99% kekayaan beliau miliki disalurkan terus kepada "Gates Foundation".

Baru-baru ini, saya telah menerima e-mail daripada rakan berkenaan ungkapan-ungkapan yang unik dan menarik oleh Warren Buffet yang ingin saya kongsikan bersama:-

Dari sudut:

Pendapatan: Jangan bergantung kepada satu pendapatan sahaja. Mulakan perlaburan bagi mendapatkan pendapatan kedua.

Perbelanjaan:  Jika kita membeli benda-benda yang tidak diperlukan, lambat laun kita akan menjual segala benda yang diperlukan.

Simpanan:  Jangan hanya menyimpan dari lebihan selepas perbelanjaan, tetapi hanya berbelanja dari lebihan selepas simpanan dibuat.

Risiko: Jangan cuba mengukur ke dalam air dengan kedua-dua belah kaki sekaligus.

Perlaburan: Jangan tempatkan semua telur-telur di dalam satu bekas/raga.

Harapan: Kejujuran adalah hadiah yang tidak ternilai. Oleh itu, jangan mengharapkan dari orang yang murah/kurang keperibadiannya.

Renung-renungkan...
 




Thursday, 19 July 2012

Singapore Xtravaganza 2012

Yg sebenar2 nya aku dah penah amik herbalife 4 thn dulu. Masa tu, aku amik sbb  nak slim. Tak sampai bpa bulan minum, aku malas nak minum plak...trus je aku stop.  Sampai la bertahun2 aku tinggalkan dan lupa sebentar apa itu Herbalife.

May 2012 aku decided nak amik herbalife sbb....aku fikir umur makin tua, excersice x penah, pemakanan x penah jaga, selalu x larat.., selalu rasa nak demam.. (Imuniti bdn dah x kuat la kan, maklumlah enjin dah tua! hehe). So aku bgtau hubby kata aku nak minum herbalife balik. Dia trus kata ok. Then aku terus panggil jiran depan rmh aku ni, sbb hby bgtau yg dia bt herbalife. Mlm tu aku panggil dia, terus beli product dan sign up jd mber terus.. Senang je kan! Hahaa.. Thank you my upline (Ustaz Nazir)

Pas 3 hari minum tu, kami ke club. Kebetulan aku dgn hby pun free time tu kan. Kat sana lah first time kami jumpa Erin..upline pada ustaz.. 



EXTRAVAGANZA SGPORE

Masa ni aku baru ja 2 minggu amik herbalife.. tp si Erin ni beria ajak aku pegi Extravaganza Singapore.. Aku pun teringin gak, sbb x penah smp Singapore kan! Hehe. Apatah lg, Erin kata menarik. Aku pun, kata ok lah. Padahal, masa aku kata ok tu cuti pun aku x apply lagi. Esoknya kat office, aku dah panic la, mcmna nak apply cuti ni.  So aku kol lah Erin kata cuti x approve.. sbb last minute pya cuti kira emergency la kan. Takut boss tya byk, so aku x berani la nak submit.

Aku pun kol la Erin, nak kata soh cancel je lah sbb x dpt cuti. Tapi.... bila Erin jawab "kak...tiket suma saya dah booking. saya dah bayar  duit dah pun!"  Adoiiiiiii... trus aku rasa nak pengsan, seram sejuk pun ada. Mbayangkan yg aku  nak kena ganti duit Erin. Bukan cikit plak tu. Dekat RM800 kot!  Agaknya dah mmg rezeki aku kot, aku dpt gak cuti tu... Wlwpun aku memangggggg xde duit masa tu, aku sampai jugak ke Singapore! Disini la bmulanya detik permulaan aku dgn Herbalife... Dan klu bkn kerana Erin yg paksa aku ke sini, aku x kan tahu apa itu HERBALIFE! Thank you Erin! 




So tibalah hari yg dinanti kan tu kan. Seronok oooo.. Singaporeee....here we come!!!

Sebelum naik bas... isi perut dulu. Flight kita org depart from Airport Tambun. Hehe.. Naik bas je, bkn naik plane pun..



Tgk kat bawah. Ni la gambar keadaan dlm bas kita. Huiiii cantik tau. Mcm naik plane buz class je. Posing, jgn x posing!








Okey, next pictures..  Masa ni pagi lagi. Kita dah masuk ke Kota Singa... Terus mata jadi terang..hilang ngtok!  Cantik.. Apa lagi, tangkap la gmbr kan. Bkn senang nak dtg sini.











Universal Studio - Dari jauh dah nampak Globe tu.. teruja sangat! Nice place to visit.. Ramainya org jgn cerita la kan... Suma org berebut2 nak tgkp gmbr dkt globe ni. Termasuk la dgn org2 yg kat bawah ni! Hehe.. 












Sambung balik cerita kat atassss tu. Kan aku kata yg imuniti bdn aku lemah dan suka sgt demam kan? balik ja dr bcoti, mcm dah jd kemestian yg aku akan demam.   Trok btoi la kan?  Tp yg magic nya,balik dr Sgpore tu, aku x demam!!  Hby & BFF aku (Asnida Nasron) pun heran.. Diaorg kata, wahhh pasal Herbalife kot no! Yesss.... Thank you ALLAH and thank you HERBALIFE!








Tuesday, 17 July 2012

Ada Aku Kisah!!!!

Terpampang di akhbar STAR yang bertarikh 16 Julai 2012 yang mengulas sedikit sebanyak mengenai statistik kesihatan di Malaysia yang sungguh luar biasa. Oleh itu, mari kita sama-sama renung-renungkan. Sebagai jurulatih produk nutrisi Herbalife, bukakan ruang untuk saya membantu sesiapa yang memerlukan. 


Fakta-fakta terkini daripada petikan akhbar STAR:

1) 5.8 juta penduduk Malaysia menghadapi masalah hypertension berbanding 4.2 juta pada 6 tahun lepas

2) Kadar Obes (kegemukan) individu dewasa di Malaysia telah menokok ke 2.6 juta.

3) Penghidap Hypercholesterolaemia (mempunyai takat kolestrol yang sangat tinggi) seramai 6.2 juta berbanding 2.7 juta pada tahun 2006.

4) Pola pemakanan rakyat Malaysia masih tidak sihat memandangkan 92.5% atau 16.4 juta dewasa kurang daripada 5 sajian yang mengandungi buah-buahan dan/atau sayur-sayuran seharian.

5) Kes penyakit "Non-Communicable" yang dialami remaja bertambah.

6) Setiap rakyat Malaysia yang didiagnos mengidap diabetes(kencing manis) sementara 1 individu pula tidak pernah didiagnos. 

7) Setiap 2 orang yang didiagnos mengidap "hypertension" sementara 3 individu yang lain pula menjauhi diri daripada didiagnos.

8) Setiap pesakit yang dikesan mengidap "hypercholesterolamia", 3 orang pula mengelak daripada dididagnos.



Persoalannya, adakah kita mempunyai kesedaran yang tinggi untuk berubah ke arah cara kehidupan yang lebih sihat. Pemakanan yang seimbang merupakan salah satu elemen yang akan membentuk sel yang sihat. 

Insyaallah, dengan ilmu yang sedangkal nie, mungkin saya dapat membantu rakan-rakan di luar sana untuk mengalami sendiri cara pemakanan yang sihat dan seimbang.


Wasalam...Renung-renungkan......



Saturday, 7 July 2012

aLKISAH OBESITI.

SIAPAKAH TERGOLONG DI DALAM OBESITI?



  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.


APAKAH INDEKS JISIM BADAN?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa InggerisBody Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan
StatusBMI
KurusKurang 20.6
Normal20.7 - 26.4
Gemuk26.5 - 30.9
Obesiti31.0 - 45.2
BahayaLebih 45.3
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

OBESITI DAN RISIKO KESIHATAN

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:


Sejauh manakah Permasalahan Obesiti (kegemukan) di Malaysia?


Masalah obesiti di Malaysia semakin meruncing berdasarkan statistisk bahawa lebih 16.8 juta penduduk di negara ini mengalami obesiti yang berpunca daripada sikap lewa dan kurangnya pengetahuan mengenai amalan gaya hidup yang  sihat dan pemakanan harian yang tidak seimbang.



Seperti ulasan, Pengarah Eksekutif Institut Nasional Diabetes Malaysia (Nadi), Datuk Profesor Mustaffa Embong bahawa secara puratanya rakyat Malaysia sememangnya mengalami masalah kegemukan. Malah, peratusan wanita untuk menghadapi risiko masalah obesiti lebih tinggi berbanding lelaki.

Sesungguhnya, wanita bersalin merupakan golongan individu yang berpotensi tinggi untuk mengalami kegemukan. Kekerapan bersalin juga merupakan berat badan semakin bertambah dari masa ke semasa. 



Antara faktor wanita mengalami lebihan berat badan ialah kekurangan melakukan aktiviti senaman (kurang perhatian kesihatan ke atas diri sendiri setelah bergelar ibu) dan kurang penjagaan pola pemakanan harian iaitu banyak mengambil banyak kandungan kalori  seperti makanan segera dan bergoreng serta kurang pengetahuan mengenai pemakanan seimbang. Oleh itu, peratusan golongan wanita berkenaan mengalami obesiti lebih tinggi berbanding lelaki.



Antara golongan seterusnya, menurut kajian yang telah dijalankan, 15 peratus daripada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah lebihan berat badan. Kurangnya penerapan pengetahuan dan kepekaan golongan ibu bapa mahupun anak-anak betapa pentingannya pemakanan yang seimbang. Awas, masalah obesiti juga boleh mengurangkan daya kecerdasan intelektual anak-anak di dalam pelajaran. 



Jumlah rakyat Malaysia yang mengalami obesiti terus meningkat dari hari ke hari. Malah, jumlah obesiti yang besar di Malaysia  telah menjadi setanding dengan negara maju seperti US. Adakah ini akan menjadi kita gah di mata dunia?



Atas kesedaran diri sendiri, sudah acapkali kita mendengar daripada pakar perubatan bahawa obesiti akan mendatangkan risiko kepada penyakit lain seperti kanser, diabetes, pereputan tulang, serangan jantung, mental, perhubungan keluarga dll. 



Mengikut ulasan, Pengerusi dan Pakar Perunding Endokrinkologi Pusat Perubatan Tropicana, Datuk Profesor Khalid Abdul Kadir dan Duta Rasmi Kempen LEAP, Jojo Struys.



"Penghidap kencing manis (diabetes) di Malaysia kini sebanyak 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025, iaitu hanya kira-kira 800,000 orang. Peningkatan penghidap diabetes di Asia termasuk Malaysia semakin membimbangkan dan sudah dilihat sebagai wabak di negara membangun. Daripada jumlah itu, wanita India paling ramai menghidap diabetes diikuti lelaki India, wanita Melayu, lelaki Melayu, wanita Cina dan lelaki Cina"


Secara kasarnya, situasi yang membimbangkan ini amat berkait rapat dengan kurang keseimbangan pemakanan atau perubahan cara hidup yang membabitkan kurangnya disiplin diri dalam pemakanan. Sesungguhnya kos perubatan lebih tinggi berkali ganda daripada perbelanjaan pemakananan seimbang(nutrisi) yang sememangnya baik untuk diri sendiri. Acapkali kita dengar, pencegahan segala permasalahan adalah lebih baik dan berkesan daripada rawatan/perubatan. Bertindak dahulu sebelum terjerumus di dalam permasalahan yang bakal timbul, OBESITI.