Sekadar berkongsi info untuk renungan bersama.
Warren Edward Buffett (/ˈbʌfɨt/; dilahirkan pada 30 Ogos 1930) merupakan seorang bisnes yang terkenal di seluruh dunia pada abad ke-20. Sememangnya beliau seorang pelabur yang sangat berjaya yang mempunyai kekayaan aset sebanyak $USD 44billion (2012) yang melayakkan beliau diiktiraf sebagai salah individu yang terkaya di dunia ; individu terkaya di dunia (2008), tiga terkaya di dunia (2011) dan seorang yang paling berpengaruh di dunia (2012). Gelaran yang diberi kepada beliau ialah "Wizard of Omaha", "Oracle of Omaha" dan "Sage of Omaha" yang merujuk kepada falsafah unggul dan kebijaksaan beliau dalam pelaburan. Seroang dermawan yang amat ulung berdasarkan 99% kekayaan beliau miliki disalurkan terus kepada "Gates Foundation".
Baru-baru ini, saya telah menerima e-mail daripada rakan berkenaan ungkapan-ungkapan yang unik dan menarik oleh Warren Buffet yang ingin saya kongsikan bersama:-
Dari sudut:
Pendapatan: Jangan bergantung kepada satu pendapatan sahaja. Mulakan perlaburan bagi mendapatkan pendapatan kedua.
Perbelanjaan: Jika kita membeli benda-benda yang tidak diperlukan, lambat laun kita akan menjual segala benda yang diperlukan.
Simpanan: Jangan hanya menyimpan dari lebihan selepas perbelanjaan, tetapi hanya berbelanja dari lebihan selepas simpanan dibuat.
Risiko: Jangan cuba mengukur ke dalam air dengan kedua-dua belah kaki sekaligus.
Perlaburan: Jangan tempatkan semua telur-telur di dalam satu bekas/raga.
Harapan: Kejujuran adalah hadiah yang tidak ternilai. Oleh itu, jangan mengharapkan dari orang yang murah/kurang keperibadiannya.
Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment