Brief update about yourself

Nama (Name):
Email Address:
No Tel
Pekerjaan (Occupation)
Lokasi anda (Your Location) Perlis, Kedah, Penang, Perak
KL, Selangor
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Adakah anda ahli Herbalife? (Are you a member of Herbalife?) Ya (Yes)
Tidak (No)
Apa yang menarik minat anda? (What is your interest?) Kurangkan berat badan (Lose weight)
Tambahkan berat badan (Gain Weight)
Memperbaiki kesihatan diri (Improve health)
Menambahkan tenaga (Boost energy)
Kecantikan kulit (Beauty skin)
Menambahkan pendapatan (Extra income)
Sebarang pendapat/maklumat yang dapat membantu kami untuk mengenali diri anda? (Additional info to know you better that assist us to guide you?)

This contact form was created by Freedback.

Saturday, 7 July 2012

Sejauh manakah Permasalahan Obesiti (kegemukan) di Malaysia?


Masalah obesiti di Malaysia semakin meruncing berdasarkan statistisk bahawa lebih 16.8 juta penduduk di negara ini mengalami obesiti yang berpunca daripada sikap lewa dan kurangnya pengetahuan mengenai amalan gaya hidup yang  sihat dan pemakanan harian yang tidak seimbang.



Seperti ulasan, Pengarah Eksekutif Institut Nasional Diabetes Malaysia (Nadi), Datuk Profesor Mustaffa Embong bahawa secara puratanya rakyat Malaysia sememangnya mengalami masalah kegemukan. Malah, peratusan wanita untuk menghadapi risiko masalah obesiti lebih tinggi berbanding lelaki.

Sesungguhnya, wanita bersalin merupakan golongan individu yang berpotensi tinggi untuk mengalami kegemukan. Kekerapan bersalin juga merupakan berat badan semakin bertambah dari masa ke semasa. 



Antara faktor wanita mengalami lebihan berat badan ialah kekurangan melakukan aktiviti senaman (kurang perhatian kesihatan ke atas diri sendiri setelah bergelar ibu) dan kurang penjagaan pola pemakanan harian iaitu banyak mengambil banyak kandungan kalori  seperti makanan segera dan bergoreng serta kurang pengetahuan mengenai pemakanan seimbang. Oleh itu, peratusan golongan wanita berkenaan mengalami obesiti lebih tinggi berbanding lelaki.



Antara golongan seterusnya, menurut kajian yang telah dijalankan, 15 peratus daripada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah lebihan berat badan. Kurangnya penerapan pengetahuan dan kepekaan golongan ibu bapa mahupun anak-anak betapa pentingannya pemakanan yang seimbang. Awas, masalah obesiti juga boleh mengurangkan daya kecerdasan intelektual anak-anak di dalam pelajaran. 



Jumlah rakyat Malaysia yang mengalami obesiti terus meningkat dari hari ke hari. Malah, jumlah obesiti yang besar di Malaysia  telah menjadi setanding dengan negara maju seperti US. Adakah ini akan menjadi kita gah di mata dunia?



Atas kesedaran diri sendiri, sudah acapkali kita mendengar daripada pakar perubatan bahawa obesiti akan mendatangkan risiko kepada penyakit lain seperti kanser, diabetes, pereputan tulang, serangan jantung, mental, perhubungan keluarga dll. 



Mengikut ulasan, Pengerusi dan Pakar Perunding Endokrinkologi Pusat Perubatan Tropicana, Datuk Profesor Khalid Abdul Kadir dan Duta Rasmi Kempen LEAP, Jojo Struys.



"Penghidap kencing manis (diabetes) di Malaysia kini sebanyak 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025, iaitu hanya kira-kira 800,000 orang. Peningkatan penghidap diabetes di Asia termasuk Malaysia semakin membimbangkan dan sudah dilihat sebagai wabak di negara membangun. Daripada jumlah itu, wanita India paling ramai menghidap diabetes diikuti lelaki India, wanita Melayu, lelaki Melayu, wanita Cina dan lelaki Cina"


Secara kasarnya, situasi yang membimbangkan ini amat berkait rapat dengan kurang keseimbangan pemakanan atau perubahan cara hidup yang membabitkan kurangnya disiplin diri dalam pemakanan. Sesungguhnya kos perubatan lebih tinggi berkali ganda daripada perbelanjaan pemakananan seimbang(nutrisi) yang sememangnya baik untuk diri sendiri. Acapkali kita dengar, pencegahan segala permasalahan adalah lebih baik dan berkesan daripada rawatan/perubatan. Bertindak dahulu sebelum terjerumus di dalam permasalahan yang bakal timbul, OBESITI.




No comments:

Post a Comment